facebook pom sempat comment dalam 5-7 gambar jer...
alhamdulillah, iman dah boleh gune internet lame la skang sebab 'CUTI SEKOLAH' sudah bermula...
'YAY'!!!!!
writtern @4:47 AM
lame tak jumpe
Monday, December 20, 2010
assalamualaikum semue...... lame dah iman tak cakap dengan korang semue kan.... skarang niey iman nk cerite mase iman pergi sarawak.... mmg seronok sangat dapat balik sarawak. iman pergi si2 naik kapal terbang atau 'belon'. iman pergi kat si2 pade 16 nov 'until' 29 nov. bestdapat jumper 'cousin', 'auntie' n ramai lagi lah... iman pergi banyak tempat. contohnye, erm... :p haa ! iman pergi dekat rymah saudare-mare yg so cute... rumah die orunk besar-besar sumenyer.... tempat yg slalu kitorunk pergi dekat 'THE SPRING', 'MAIN BAZAAR'. 2 tmpt yg slalu kitorunk pergi. yg paling nyer main bazaar... setiap tahun kitorunk akan pergi kat si2 untuk membeli beberape buah tangan kepade sedare-mare, kawan-kawan n cikgu-cikgu sebagai kenang-kenangan..... ok, 2jelah... bubye........
writtern @7:07 PM
Ujibakat Si Cilik
Thursday, June 3, 2010
Assalamualaikum...
Hari ni Iman nak beritahu berita yang bagi Iman paling gembira! Ceritanya macam ni, Iman masuk satu ujibakat di sekolah. Iman masuk sebab nak mencuba nasiblah katakan..
Iman try hard dan akhirnya Iman dan beberapa orang kawan Iman terpilih untuk menjadi kumpulan nasyid sekolah. Kawan Iman tu termasuklah Amirah Zahidah, Sy. Anisah, Nur Alya Izzati dan Nurul Wajihah. Korang mesti dah kenal 4 orang ni kan?
Tapi tiba-tiba aja kawan Iman 3 orang ni cemburu dengan Iman. Nama dia Marini Najihah (Jiji), Amirah Mislina dan Aesyatul Najwa. Diorang tak puas hatilah sebab tak terpilih, Iman pulak terpilih.
Okey, tu saja kot. Imanpergi dulu. Assalamualaikum..
writtern @5:30 AM
Kitar Semula
Assalamualaikum..
Hari Selasa yang lepas, sekolah Iman ada buat satu program untuk mengitar semula barangan yang dah tidak digunakan, contohnya surat khabar, botol air, kotak dan macam-macam lagilah.
Cikgu bahagikan setiap murid kepada 6 kumpulan. Iman masuk dalam kumpulan 6. Iman buat bekas pensel tapi tak jadi. Iman cuba pula buat frame gambar tapi tak jadi jugak. Iman putus asa sebab semuanya tak menjadi. Salah seorang cikgu Iman, cikgu Siti Zan suruh Iman try buat lagi sekali. Jadi Iman pun trylah buat satu bekas yang agak comel tapi tak comel. Ramai yang puji Iman punya bekas tu, tapi bagi Iman bekas tu tak cantik langsung! Lagipun, Iman sendiri tak tahu apa nak buat dengan bekas tu.
Okey, wassalam.
writtern @5:22 AM
Pantun oh Pantun
Wednesday, June 2, 2010
Assalamualaikum....
Hari ni sekolah Iman buat pertandingan berpuisi. Iman kena baca pantun sebagai wakil kelas Iman, 4 Al-Kahfi. Iman bukannya tahu sangat berpantun.. Last-last, belasah aja..
Jantung Iman dah rasa nak tercabut semasa berdiri kat depan murid-murid tu. Tuhan saja yang tahu perasaan Iman. Iman harap persembahan Iman adalah yang terbaik. Doakan Iman berjaya!
Pokok rhu, pokok selasih, I say thank you, sekian terima kasih..
writtern @4:14 AM
Lipan..!!
Friday, May 7, 2010
Assalamualaikum...
Hari Rabu lepas, baju kawan Iman ada masuk sesuatu. Nama dia Siti Aisyah, darjah 6. Masa tu, dia duduk kat bawah pokok. Semasa dia nak masuk dalamvan, bahunya berasa sakit. Aisyah pun caribenda tu. Ketika dia terpegang kepalabenda tu, dia rasa macam ada sesuatu yang tajam. Aisyah menangis sebab dia takut. Iman pun bagilah dia coklat supaya diasenyap tapi, dia tetap menjerit. Iman suruh dia cari benda tu sekali lagi. Kemudian, dia kata dia dah dapat tangkap benda tu. Iman pun nak tengok jugak. Dia pun keluarkan benda tu. Rupa-rupanya,benda tu ialah LIPAN!
Aisyah terus menjerit, "TIDAK.....!!!!!" Malam itu tangan Aisyah bengkak-bengkak sebab terkena gigitan lipan tu.
writtern @1:45 AM
Ayah Wa
Assalamualaikum....
Khamis hari tu, ada seorang penceramah datang kat sekolah Iman. Nama dia Muhammad bin Ibrahim. Orang lain biasa panggil dia Ayah Wa. Dia ceramah tentang hari kiamat, pengorbanan ibu bapa dan peperiksaan UPSR.
Semasa Ayah Wa tunjukkan video gambaran hari kiamat, naik bulu roma Iman. Berdebar sangat-sangat! Tapi Ayah Wa kata kalau kiamat yang betul-betul lagi dahsyat daripada gambaran tu!
Ayah Wa pun ada juga tunjukkan video saat ibu kita bertarung nyawa demi melahirkan anaknya. Takut sangat tengok video ni..
Kawan-kawan nak tahu apa air yang keluar tu? Haa.. Tu lah air ketuban namanya.. Ya Allah, macam manalah rasanya ibu yang kena bedah tu ya? Tak dapat dibayangkan betapa deritanya ibu saat tu.