Lipan..!!
Friday, May 7, 2010
Assalamualaikum...
Hari Rabu lepas, baju kawan Iman ada masuk sesuatu. Nama dia Siti Aisyah, darjah 6. Masa tu, dia duduk kat bawah pokok. Semasa dia nak masuk dalam van, bahunya berasa sakit. Aisyah pun cari benda tu. Ketika dia terpegang kepala benda tu, dia rasa macam ada sesuatu yang tajam. Aisyah menangis sebab dia takut. Iman pun bagilah dia coklat supaya dia senyap tapi, dia tetap menjerit. Iman suruh dia cari benda tu sekali lagi. Kemudian, dia kata dia dah dapat tangkap benda tu. Iman pun nak tengok jugak. Dia pun keluarkan benda tu. Rupa-rupanya, benda tu ialah LIPAN!
Aisyah terus menjerit, "TIDAK.....!!!!!"
Malam itu tangan Aisyah bengkak-bengkak sebab terkena gigitan lipan tu.
