Assalamualaikum...
Hari ni Iman nak beritahu berita yang bagi Iman paling gembira! Ceritanya macam ni, Iman masuk satu ujibakat di sekolah. Iman masuk sebab nak mencuba nasiblah katakan..
Iman
try hard dan akhirnya Iman dan beberapa orang kawan Iman terpilih untuk menjadi kumpulan nasyid sekolah. Kawan Iman tu termasuklah
Amirah Zahidah,
Sy. Anisah,
Nur Alya Izzati dan
Nurul Wajihah. Korang mesti dah kenal 4 orang ni kan?
Tapi tiba-tiba aja kawan Iman 3 orang ni cemburu dengan Iman. Nama dia Marini Najihah (Jiji), Amirah Mislina dan Aesyatul Najwa. Diorang tak puas hatilah sebab tak terpilih, Iman pulak terpilih.
Okey, tu saja kot. Iman
pergi dulu. Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
Hari Selasa yang lepas, sekolah Iman ada buat satu program untuk mengitar semula barangan yang dah tidak digunakan, contohnya surat khabar, botol air, kotak dan macam-macam lagilah.
Cikgu bahagikan setiap murid kepada 6 kumpulan. Iman masuk dalam kumpulan 6. Iman buat bekas pensel tapi tak jadi. Iman cuba pula buat
frame gambar tapi tak jadi jugak. Iman putus asa sebab semuanya tak menjadi. Salah seorang cikgu Iman, cikgu Siti Zan suruh Iman
try buat lagi sekali. Jadi Iman pun
trylah buat satu bekas yang agak comel tapi tak comel. Ramai yang puji Iman punya bekas tu, tapi bagi Iman bekas tu tak cantik langsung! Lagipun, Iman sendiri tak tahu apa nak buat dengan bekas tu.
Okey, wassalam.
Assalamualaikum....
Hari ni sekolah Iman buat pertandingan berpuisi. Iman kena baca pantun sebagai wakil kelas Iman, 4 Al-Kahfi. Iman bukannya tahu sangat berpantun..
Last-last, belasah aja..
Jantung Iman dah rasa nak tercabut semasa berdiri kat depan murid-murid tu. Tuhan saja yang tahu perasaan Iman. Iman harap persembahan Iman adalah yang terbaik. Doakan Iman berjaya!
Pokok rhu, pokok selasih,
I say thank you, sekian terima kasih..